Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perlu kerjasama pelbagai kementerian untuk kukuhkan Ringgit - Ahmad Maslan

Usaha untuk mengukuhkan nilai mata wang ringgit turut memerlukan penglibatan kementerian lain dan tidak hanya semata-mata bergantung kepada Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Antara kementerian tersebut adalah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu terutamanya dari segi pelaburan dan pelancongan, katanya kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban kepada warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

"Contohnya MITI supaya pelaburan segera masuk ke negara kita dan eksport diperbanyakkan.

“Usaha menarik pelancong datang ke negara kita juga boleh membantu mengukuhkan ringgit… apa yang (boleh) dilakukan MOTAC dapat memudahkan kemasukan pelancong ke negara kita,” katanya ketika ditanya langkah segera untuk membendung kelemahan ringgit.

Ahmad berkata berdasarkan taklimat yang diberikan kepadanya, antara faktor kelemahan ringgit adalah kerana permintaan terhadap ringgit kurang.

"Jadi apa yang perlu dilakukan ialah supaya ringgit digunakan oleh pelbagai pihak sama ada pelabur atau pelancong untuk mengatasi kelemahan nilai ringgit,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS