Pencinta alam persoal pembersihan hutan paya gambut di Pekan
Kumpulan pencinta alam RimbaWatch membangkitkan isu pembersihan hutan paya bakau di dua buah kampung di Pekan, Pahang.
Dua kampung itu ialah Kampung Orang Asli Air Hitam dan Tanjung Keruing.
Memetik data satelit Global Forest Watch, RimbaWatch berkata projek itu melibatkan kawasan seluas 310 hektar yang melibatkan hutan paya gambut.
Kumpulan itu juga berkata Orang Asli yang terjejas telah menggesa supaya Jabatan Alam Sekitar menarik balik laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Pahang pada 27 Mei 2021.

Katanya, EIA itu melibatkan pembangunan 402.33 hektar ladang kelapa sawit di Lot PT5783 H.S.(D) 5356 Kampung Air Hitam, Leper, Pahang.
“Berdasarkan imej satelit, pembersihan itu kurang 100 meter daripada rumah di Kampung Orang Asli Air Hitam.
"RimbaWatch dimaklumkan bahawa Oang Asli sudah pun menyatakan bantahan kepada Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), polis, dan pengendali ladang,” kata kumpulan itu dalam kenyataan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/07/c1b7652e0a1fd4472d28f276d6a36fe1.jpg)
