Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid: Keputusan MCA, MIC tak tanding PRN bukan boikot
Diterbitkan:  Jul 6, 2023 12:48 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding dalam enam pilihan raya negeri (PRN) bukanlah satu tindakan boikot.

Ahmad Zahid berkata dia akan mendapatkan penjelasan pemimpin parti berkenaan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan berlangsung pada 10 Jul nanti.

"Saya hormati pendirian kepimpinan dua parti itu, pendirian kepimpinan

BN Dewan Tertinggi adakan mesyuarat pada 10 haribulan kita akan dapat pencerahan daripada meraka 

"Saya tak fikir ia bertujuan untuk lakukan pemboikotan, Wee Ka Siong berhubung (dengan) saya bagi tahu MCA akan tetap komited bantu jentera BN di kesemua enam  negeri," katanya dalam pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, MCA dan MIC membuat keputusan untuk tidak menyertai pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

Menurut Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon keputusan tersebut diambil selepas jawatankuasa pusat parti itu bermesyuarat pada hari ini.

"Keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis, serta mengambil kira situasi politik semasa, dengan parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula," katanya.

Dalam tempoh itu juga kata Chong MCA akan memberi tumpuan kepada persiapam menghadapi PRU ke-16.

Setiausaha Agungnya MIC RT Rajasekaran pula menegaskan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di enam negeri yang akan mengadakan PRN bulan depan

Katanya keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang bermesyuarat pada 30 Jun lalu.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid, berkata BN akan melakukan koordinasi pada 10 Julai nanti bagi menghadapi PRN enam negeri berkenaan.

Jelasnya, BN telah memperuntuk kerusi kepada dua parti komponennya untuk bertanding dalam PRN di enam negeri.

"Kita telah muktamad kerusi seperti saya cakap, MCA dan MIC ada kerusi telah diperuntukan (untuk) mereka bertanding," katanya.

Ditanya mengenai kerusi PRN yang diperuntukkan untuk MIC dan MCA, Ahmad Zahid berkata: “Kalau dia tak nak kita ambiklah.” 

Ahmad Zahid menegaskan BN sebagai komponen penting dan strategik Kerajaan Perpaduan akan terus memainkan peranan penting dalam menghadapi PRN di enam negeri itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS