Tuan Ibrahim: Senarai nama calon PAS Kelantan tak betul
PAS mengesahkan suatu senarai yang didakwa kononnya nama calon-calon bagi pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan yang tular di media sosial sejak adalah palsu.
Pengesahan itu dibuat Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man selepas dia menghadiri program Ppakat Pertahan peringkat Kubang Kerian di Kota Bharu malam tadi.
“Tak betul, Saya boleh sahkan senarai itu tak betul dan palsu," katanya kepada media.
Dia yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata memang kadang-kadang PAS sukar untuk mengawal maklumat yang tersebar media sosial ini.
"Kadang-kadang keputusan mengundi pun keluar dahulu sebelum orang keluar bilangan undi.
Terdahulu satu senarai nama-nama calon didakwa bakal mewakili PN bagi PRN Kelantan tersebar di pelbagai platform media sosial.
Antara lain ia memaparkan nama calon bagi 45 kerusi dewan undangan negeri (DUN) seluruh Kelantan, termasuk bekas ketua Pemuda PAS yang tidak disenaraikan bagi kerusi parlimen PRU lalu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Sementara itu Tuan Ibrahim menegaskan PAS belum selesai dalam urusan pemilihan calon dan Majlis Syura Ulama hanya akan bermesyuarat bagi meneliti senarai berkenaan pada minggu ini.
Katanya semua PAS kawasan diminta menghantar sekurang-kurangnya dua nama sebagai cadangan untuk dipilih sebagai calon sebelum kelayakan mereka ditentukan majlis terbabit.
“Selepas itu nama mereka yang layak akan dihantar kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk presiden bersama pimpinan negeri menentukan mana calon yang boleh menang.
“Saya rasa kali ini lebih cepat, mungkin antara tempoh seminggu hingga dua minggu ini (selesai),” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/07/bf0854d0e135e2ec4405ba1b643a952c.jpg)
