Saman Muda ke atas SPRM hanya akademik, kata Azam Baki
Saman Muda ke atas SPRM hanya bersifat akademik kerana Mahkamah Persekutuan telah pun membebaskan hakim perbicaraan SRC International Mohd Nazlan Mohd Ghazali daripada sebarang pelanggaran Kod Etika Hakim 2009.
Dalam afidavitnya sebagai jawapan kepada saman pemula parti politik itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menegaskan bahawa Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat tahun lalu membebaskan Nazlan daripada sebarang konflik kepentingan apabila mendengar kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta terhadap Najib.
Menerusi pemfailan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 23 Jun, ketua suruhanjaya itu menyatakan bahawa isu tersebut juga telah diselesaikan oleh mahkamah tertinggi berhubung siasatan SPRM terhadap hakim berkenaan.
Azam merujuk kepada penghakiman mahkamah persekutuan pada 24 Feb lalu berhubung tindakan undang-undang berasingan membabitkan siasatan SPRM ke atas Nazlan, yang Tengku Maimun memutuskan bahawa siasatan berkenaan tidak dilakukan dengan niat baik kerana dilakukan tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu juga merujuk kepada keputusan mahkamah tertinggi 2022 yang menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan SRC International serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/13f3eec4370e608da5f31082dcc32e56.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/004b5bf494f2b45bcac83aaf1ec94878.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/718b15e6706f8e83fca45dcc15117c29.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/a3029b6d329803e557e84b471a6b1622.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/01/8d2e3060d6ef020b772519e8ff2dcac6.jpg)