Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TMJ lawat markas komando Singapura
Diterbitkan:  Jul 12, 2023 4:04 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Kem Pasir Ris, Singapura, hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor hari ini, Tunku Ismail selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) diiringi Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura Zaqy Mohamad dipersembahkan dengan demonstrasi tempur jarak dekat (CQB). 

“Baginda turut diundang untuk mempamerkan kemahiran aksi menembak dalam satu rutin latihan menembak tentera.

“Lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi Airborne dan mengelilingi kem bersama kenderaan Combat Jeep pasukan SAF,” menurut hantaran itu.

Lawatan rasmi Tunku Ismail bermula Isnin hingga hari ini adalah atas undangan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS