Kilat ragut 22 nyawa di Bihar, India
Diterbitkan: Jul 15, 2023 8:24 PM
GLOBAL | Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat petir melanda negeri Bihar timur India, Xinhua memetik laporan All India Radio (AIR) milik kerajaan pada Sabtu.
Hujan lebat dan ribut petir beserta kilat melanda negeri itu pada Jumaat hingga menjejaskan beberapa bahagian.
Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat di bahagian timur Bihar dalam beberapa hari akan datang.
Media tempatan, yang memetik data rasmi, melaporkan bahawa 907 orang terbunuh akibat disambar petir di seluruh India pada 2022.
- Bernama-Xinhua
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/976/1e673e6fe93b6366a7f8540606ada7af.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.