Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semak fakta: Poster sebut tak boleh keluar KWSP palsu
Diterbitkan:  Jul 19, 2023 5:23 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Sebuah poster yang tular di media sosial mendakwa tiada lagi pengeluaran penuh daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila pencarum mencecah usia 55 tahun didapati palsu.

Menurut platform semakan fakta MyCheck, tiada arahan sedemikian dikeluarkan oleh KWSP dan pencarum boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Jelasnya perkara itu jika dilaksanakan hanya melibatkan pencarum baru dan secara sukarela bagi ahli semasa.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah dilaporkan berkata KWSP sedia mempertimbangkan pengeluaran berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencapai usia persaraan 55 tahun sebagai keperluan wajib bagi ahli baru.

Menurutnya pada masa ini pengeluaran berkala atau bulanan dilakukan secara sukarela.

Amir berkata, pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahli KWSP menguruskan wang persaraan dengan lebih baik serta membolehkan mereka menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa kerajaan tidak menghalang usaha KWSP itu.

Namun menurut Anwar cadangan perlaksanaan pengeluaran tersebut kini di peringkat akhir dan ia bergantung kepada keupayaan KWSP selepas ini.

MyCheck adalah sebahagian daripada platform pemeriksaan fakta dan rakyat Malaysia boleh membuat semakan dengan menghantar mesej WhatsApp di talian 017-477 6659 (teks WhatsApp sahaja, tiada panggilan).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS