PN malam ini mengumumkan seramai 36 calon akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di Kedah.
Pengumuman itu dibuat di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar.
Seperti dijangka, Menteri Besar sementara Kedah, Sanusi Muhammad Nor akan mempertahankan kerusi yang disandangnya di Jeneri.
Pengumuman calon PN malam ini juga mencuri tumpuan apabila dua nama bintang bola sepak di negeri itu berada dalam senarai.
Radhi Mat Din dipertaruhkan PN di DUN Alor Mengkudu dan dijangka akan menentang pencabarnya, Mahfuz Omar yang juga Pengerusi PH Kedah.
Kedua-dua mereka pernah bertanding merebut kerusi parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum 2018. Bagaimanapun kerusi itu dimenangi Mahfuz.
Seorang lagi bintang bola sepak yang ditampilkan PN ialah bekas ketua pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar .
Baddrol yang pada masa ini merupakan ketua pasukan Sabah FC diumumkan akan bertanding di DUN Gurun.
Dia dijangka akan menentang Firdaus Johari yang juga anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.
Di DUN Jitra - kerusi yang disandang oleh Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir - kini akan ditandingi oleh ahli akademik, Haim Hilman Abdullah.
Penyandang DUN Pedu, Mohd Radzi Amin pula akan mempertahankan kerusi itu dan dijangka akan mencabar Pengerusi BN Kedah, Mahdzir Khalid.
Mahdzir sebelum ini disebut-sebut bakal menjadi calon menteri besar daripada PH-BN.
Manakala di DUN Sidam dan DUN Lunas, penyandang kerusi berkenaan yang sebelum ini melompat dari PKR ke Bersatu, digantikan dengan dua muka baru daripada Bersatu.
Penyandang DUN Lunas, Azman Nasrudin juga ialah ahli parlimen Padang Serai.
Sebelum ini dia mengatakan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
Secara keseluruhan, PAS bertanding 21 kerusi di Kedah, Bersatu (12) dan Gerakan (3).
Bagi Gerakan, ketiga-tiga kerusi yang mereka tandingi (Kota Darul Aman, Bakar Arang, dan Kulim) memperoleh kurang daripada 50 peratus sokongan kepada PN pada PRU15.
Kulim adalah kerusi "boleh menang" bagi Gerakan, dengan PN memperoleh 46 peratus sokongan di kawasan itu pada PRU lalu.
Senarai penuh calon adalah seperti berikut:
N01 Ayer Hangat - Shamsilah Siru
N02 Kuah - Amar Pared Mahamud
N03 Kota Siputeh - Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
N04 Ayer Hitam - Azhar Ibrahim
N05 Bukit Kayu Hitam - Halimaton Shaadiah Saad
N06 Jitra - Haim Hilman Abdullah
N07 Kuala Nerang - Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria
N08 Pedu - Mohd Radzi Md Amin
N09 Bukit Lada - Salim Mahmood
N10 Bukit Pinang - Romani Wan Salin
N11 Derga - Muhamad Amri Wahab
N12 Suka Menanti - Dzowahir Ab Ghani
N13 Kota Darul Aman - Chuah See Seng
N14 Alor Mengkudu - Radhi Mat Din
N15 Anak Bukit - Rashidi Abdul Razak
N16 Kubang Rotan - Mohd Salleh Saidin
N17 Pengkalan Kundor - Mardhiyyah Johari
N18 Tokai - Mohd Hayati Osman
N19 Sungai Tiang - Abdul Razak Khamis
N20 Sungai Limau - Mohd Azam Abd Samat
N21 Guar Chempedak - Abdul Ghafar Saad
N22 Gurun - Baddrol Bakhtiar
N23 Belantek - Ahmad Sulaiman
N24 Jeneri - Muhammad Sanusi Md Nor
N25 Bukit Selambau- - Azizan Hamzah
N26 Tanjong Dawai - Hanif Ghazali
N27 Pantai Merdeka - Shahrir Long
N28 Bakar Arang - Tai Kuang Tee
N29 Sidam - Juliana Abdul Ghani
N30 Bayu - Mohd Taufik Yaacob
N31 Kupang - Najmi Ahmad
N32 Kuala Ketil - Mansor Zakari
N33 Merbau Pulas - Siti Ashah Ghazali
N34 Lunas - Khairul Anuar Ramli
N35 Kulim - Wong Chia ZHen
N36 Bandar Baharu - Mohd Suffian Yusoff
