Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan umum e-tunai RM100 kepada 10 juta rakyat
Diterbitkan:  Jul 27, 2023 11:22 AM
Dikemaskini: 6:14 AM

Kerajaan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diberikan susulan kejayaan dan kesan besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Langkah itu sebahagian daripada rancangan ekonomi baru kerajaan yang dinamakan "Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat".

Ia diumumkan oleh Anwar sebentar tadi dan disiarkan secara langsung di pelbagai media.

Lihat Komen
ADS