Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas timbalan menteri di JPM ketuai senarai calon PN Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Jul 27, 2023 9:27 PM
Dikemaskini: 2:08 PM

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith mengetuai senarai calon PN bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu dicalonkan untuk menguasai kerusi DUN Juasseh.

Senarai nama-nama calon itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu di Hotel Royale Chulan Seremban.

Sebanyak 34 nama calon diumumkan pada malam ini dengan Bersatu mendahului dari segi jumlah bertanding iaitu sebanyak 15 kerusi, diikuti PAS (12) dan Gerakan (6).

Secara keseluruhan Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Nama calon bagi dua lagi kerusi - Jeram Padang dan Sri Tanjung - tidak diumumkan.

Ahmad Faizal Azumu

Setakat ini tidak dapat dipastikan mengapa PN belum menguar-uarkan calon bagi kerusi tersebut. Gabungan itu juga tidak mengumumkan calon mereka bagi menduduki kerusi menteri besar jika berjaya menguasai Negeri Sembilan.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Faizal tidak menyebut nama parti yang diwakili calon-calon PN.

"Saya mohon kita anggap semua calon yang kita bawa ini calon PN.

"Saya tidak akan menyebut tidak akan namakan sama ada calon dari parti mana. Mereka adalah calon PN," katanya.

PN tetap terbaik

Pengerusi PN Negeri Sembilan itu juga berkata partit mempunyai potensi yang baik memenangi PRN.

"Insha-Allah, berkat dengan kerja kuat setiap daripada kita bekerja sebagai satu kumpulan kita yakin kita akan menukar kerajaan Negeri Sembilan pada PRN akan datang.

"Penting untuk kita memahami bahawa di dalam menghadapi PRN akan datang ini adalah daripada kalangan kita semua, para pendukung PN.

"Kita semua mendukung sebuah pasukan yang bersih dan stabil. PN tetap terbaik. Kita yakin menawarkan perkara yang terbaik kepada rakyat di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya untuk jangka masa lima tahun akan datang," katanya.

Berikut ialah senarai calon yang diumumkan Ahmad Faizal pada malam ini:

N01 Chennah: Rosmadi Arif - Bersatu
N02 Pertang: Amirudin Hassan - PAS
N03 Sungai Lui: Mohd Nordin Hasim - PAS
N04 Klawang: Danni Rais - Bersatu
N05 Serting: Mohd Fairuz Mohd Isa - PAS
N06 Palong: Noor Azuan Parmin - Bersatu
N07 Jeram Padang: Akan dimaklumkan kemudian
N08 Bahau: SP Kumar - PAS (DHPP)
N09 Lenggeng: Mohd Fadli Che Me - PAS
N10 Nilai: Gan Chee Biow - Bersatu (Bersekutu)
N11 Lobak: Ng Soon Lean - Gerakan
N12 Temiang: Chua Eng Pu - Gerakan
N13 Sikamat: Ahmad Raihan Muhamad Hilal - Bersatu
N14 Ampangan: Muhammad Ghazali Zainal Abidin - Bersatu
N15 Juasseh: Eddin Syazlee Shith - Bersatu
N16 Seri Menanti: Jamali Salam - Bersatu
N17 Senaling: Amrinati Mohd Khalid - Bersatu
N18 Pilah: Rafiei Mustapha - PAS
N19 Johol: Kamarudin Md Tahir - PAS
N20 Labu: Mohamad Hanifah Abu Baker - Bersatu
N21 Bukit Kepayang: P Subramaniam - Bersatu (Bersekutu)
N22 Rahang: Lee Boon Shian - Gerakan
N23 Mambau: N Sathes Kumar - PAS (DHPP)
N24 Seremban Jaya: Lee Ban Fatt - Gerakan
N25 Paroi: Kamarol Ridzuan Mohd Zain - PAS
N26 Chembong: Bakly Baba - Bersatu
N27 Rantau: Rozmal Malakan - PAS
N28 Kota: Ahmad Shukri Abdul Shukor - Bersatu
N29 Chuah: Tang Jay Son - Gerakan
N30 Lukut: S Ragu - PAS (DHPP)
N31 Bagan Pinang: Abdul Fatah Zakaria - PAS
N32 Linggi: Zamri Md Said - Bersatu
N33 Sri Tanjung: Akan dimaklumkan kemudian
N34 Gemas: Ridzuan Ahmad - Bersatu
N35 Gemencheh - Tengku Abdullah Tengku Rakman - PAS
N36 Repah: Yong Li Yi - Gerakan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS