Mahkamah larang Sanusi cakap soal akhlak Anwar
Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan permohonan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan injunksi sementara terhadap menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bagi menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral.
Peguamnya, Sankara Nair mengesahkan bahawa mahkamah sivil membenarkan permohonan ex parte berhubung saman fitnah Anwar terhadap Sanusi.
Anwar menyaman Sanusi berhubung ucapannya semasa kempen pilihan raya umum ke-15 di Tambun pada November tahun lalu,yang menyebut plaintif sebagai 'tiada akhlak'.
Sankara berkata bahawa perintah yang dikeluarkan semalam adalah sementara menunggu pelupusan kes sivil utama.
Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib, memerintahkan Sanusi untuk tidak lagi mengeluarkan, mengulangi, dan menerbitkan kenyataan berkaitan dengan saman fitnah yang difailkan Anwar.
Hakim juga memerintahkan Sanusi perlu mematuhi perintah injunksi itu dengan serta merta selepas perintah berkenaan disampaikan kepadanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/e97a61720a453cca6b7b977e72aade21.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/c802169cb5971d3d49cd2a983e7350ab.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/e97a61720a453cca6b7b977e72aade21.jpg)