SPR bermesyuarat bincang PRK Pulai, Simpang Jeram
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pada jam 10 pagi ini bagi membincangkan urusan pelaksanaan pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.
Mesyuarat di Menara SPR Putrajaya dipengerusikan Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.
SPR akan mengadakan sidang media sejurus selesai mesyuarat khas itu.
Pada 25 Julai lepas, Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi terbabit berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/11/0d9a719b82cf40f2732dc3340d4e797b.jpg)
