Pelbagai cara diguna pakai oleh calon dalam pilihan raya untuk menarik perhatian pengundi.
Bagi calon Perikatan Nasional (PN) Balakong Steven Lai Choon Wen, dia antaranya memilih berkongsi video ‘kelakar’ mengangkat dumbel sambil melaungkan slogan "Perikatan Nasional!”.
Dalam video pendek 30 saat di TikTok itu, dia dikelilingi beberapa lagi orang yang turut beraksi sama dengan menunjukkan muka bersungguh-sungguh.
Semua mereka memakai baju biru bertulis Perikatan Nasional.
“Senaman gim dengan penduduk di Balakong! Penduduk kuat, PN Kuat.
“Mantap PN! Mesti menang! Selangor baharu kita bangkit,” menurut kapsyen bersama video itu.
Lai ialah anggota bersekutu Bersatu.
Individu yang kurang dikenali itu akan menentang Wayne Ong Chun Wei daripada Pakatan Harapan (PH) dan DAP.
PH mempunyai kelebihan besar di Balakong dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini.
Dalam pilihan raya umum lalu DAP menang dengan majoriti besar 35,000 undi mengalahkan PAS dan MCA.
Balakong ialah kawan majoriti Cina.
