Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketua pendakwa kes Zahid digugurkan, Bersatu tuntut jawapan
Diterbitkan:  Aug 8, 2023 1:50 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Kerajaan digesa menjelaskan kenapa pendakwa kanan Raja Rozela Raja Toran digugurkan daripada mengendalikan perbicaraan terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan rasuah melibatkan dana Yayasan Akal Budi.

Timbalan ketua biro perlembagaan dan undang-undang Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif berkata pengguguran Raja Rozela itu dibuat ketika peringkat kritikal, menjelang keputusan terhadap representasi Zahid kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kesnya. 

“Reputasi negara kita, dalam bentuk pelaburan dan perniagaan, akan terjejas susulan cara pendakwaan ini dikendalikan.

“Sebarang tanggapan bahawa terdapat campur tangan atau negara ini berlembut terhadap rasuah akan teruk menjejaskan reputasinya sebagai lokasi perniagaan.

“Tiada siapa mahu berniaga dengan rejim korup,” katanya.

Sasha Lyna Abdul Latif

Katanya, walaupun Shasha mempunyai hak untuk berdiam diri, perkara itu tidak terpakai kepada kerajaan dan peguam negara.

Pada 2019, Zahid dituduh dengan 57 kesalahan berkaitan Yayasan Akal Budi, sebuah badan kebajikan. Pada 2022, dia diarah membela diri.

Awal tahun ini, Zahid menyerahkan dua surat representasi kepada peguam negara, menggesa pertuduhan terhadapnya digugurkan susulan terdapat “bukti baru”.

Zahid Hamidi

Tahun lepas, Zahid dibebaskan oleh mahkamah berbeza daripada pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk menyambung kontrak perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem visa tempatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS