Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada perubahan kerajaan, tiada majoriti 2/3 di Selangor
Diterbitkan:  Aug 12, 2023 11:31 PM
Dikemaskini: 3:51 PM

Keputusan pilihan raya enam negeri hari ini menyaksikan tiada perubahan kerajaan negeri.

Bagaimanapun Selangor hilang penguasaan dua per tiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), akibat asakan kuat Perikatan Nasional (PN).

Seperti jangkaan banyak pihak, PN mengekalkan kemenangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Pakatan Harapan (PH) dan BN pula terus menang di Selangor dan Negeri Sembilan.

Secara umumnya, PN memperlihatkan pertambahan kerusi.

PN juga menang besar di Pantai Timur dengan 32-0 di Terengganu dan 43-2 di Kelantan.

Gabungan itu juga akhirnya tembus di Negeri Sembilan dengan berjaya mendapat sekurang-kurangnya empat kerusi berbanding kosong sebelum ini.

Setakat laporan ini ditulis, keputusan di beberapa tempat lagi belum diperoleh.

Layari laman laman khas keputusan pilihan raya enam negeri ini untuk maklumat terperinci dan terkini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS