Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datok Keramat Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai timbalan ketua menteri (TKM) II Pulau Pinang, bergandingan dengan TKM I Mohamad Abdul Hamid daripada PKR.
Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Ahmad Fuzi Abdul Razak, disaksikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Pelantikan itu menamatkan spekulasi Adun Bertam yang juga bekas menteri perumahan Reezal Merican Naina Merican akan dilantik ke jawatan itu.
Sementara itu, wakil Umno juga dibawa masuk ke dalam barisan kabinet Chow, susulan kerjasama Pakatan Harapan dan BN selepas pilihan raya umum lalu.
Rashidi Zinol yang juga Adun Sungai Acheh dilantik sebagai exco perdagangan dan pembangunan keusahawanan dan luar bandar.

