Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat mahu naikkan denda ahli parlimen ke RM10,000

Johari Abdul berkata pihaknya sedang berusaha agar denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas ahli Dewan Rakyat yang melakukan kesalahan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Menurut Speaker Dewan Rakyat itu langkah tersebut boleh dilakukan melalui pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Melalui pindaan itu katanya seseorang ahli Dewan Rakyat yang membuat atau bertindak melanggar peraturan parlimen boleh dikenakan denda selain digantung tugasnya.

“Kami bertindak supaya akta ini dilaksanakan, dan memastikan setiap ahli parlimen menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya dalam ucapan perasmian majlis Syarahan Parlimen Siri 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman, dan bekas speaker Dewan Rakyat yang pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan, Mohamad Ariff Md Yusof.

Johari berkata dia turut berharap agar Akta Perkhidmatan Parlimen akan dikembalikan semasa dia memegang jawatan sebagai speaker. Akta itu pada dimansuhkan pada 1992.

Sementara itu Azalina menekankan bahawa kehadiran ahli parlimen yang buruk di parlimen perlu diketengahkan segera dan dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan negara.

Selain daripada tindakan yang lebih tegas terhadap ketidakhadiran ahli parlimen, Azalina juga menggalakkan agar lebih banyak penyertaan awam supaya rakyat mempertanggungjawabkan ahli parlimen masing-masing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS