Bekas Adun PAS Johor kini ahli Amanah
PRK JOHOR | Bekas Adun PAS di Johor, Najib Lep, diumumkan menyertai Amanah malam tadi.
Borang keahlian Najib - yang pernah menjadi Adun Bukit Pasir selama satu penggal pada 2018 - diserahkannya sendiri kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam satu ceramah kelompok di Sungai Abong, Muar.
Mohamad ketika ditemui pemberita selepas itu berkata Amanah mengalu-alukan penyertaan Najib dan berharap dia dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti berkenaan.
"Itu hak mereka (Najib) memilih Amanah dan kita harapkan beliau dapat memberi sumbangan buah fikiran bagi gerak kerja pilihan raya ini," katanya.
Mohamad berkata, PH juga akan mengumumkan penyertaan lebih ramai individu ke dalam gabungan itu dalam ceramah kempen PRK di Parlimen Pulai hari ini.
Pada Feb tahun lalu, keahlian Najib dalam PAS terbatal secara automatik apabila dia bertanding sebagai calon bebas untuk cuba mempertahankan kerusi Bukit Pasir semasa Johor mengadakan pilihan raya negeri.
Dia bertindak begitu selepas PAS-PN menggugurkannya daripada terus menjadi calon di kerusi berkenaan.
Dia serta empat calon lain bagaimanapun kepada Mohamad Fazli Mohamad Salleh dari BN yang merampas kerusi tersebut daripada PAS.
Pada April lalu dilaporkan Umno Pagoh menerima penyertaan Najib ke dalam parti itu dan dia menjadi ahli di cawangan Selancar.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/6c5c9c2ea0ced71091ce7f2a5592286d.jpg)
