PKR tanding 60 kerusi Parlimen, 120 DUN
Parti pembangkang termasuk DAP akan mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum akan datang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Parti pembangkang termasuk DAP akan mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum akan datang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Beliau berkata, PKR memutuskan parti itu akan meletakkan 60 calon untuk kerusi Parlimen dan 120 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum akan datang.
""PKR juga mengambil ketetapan bahawa tidak semua kawasan majoriti pengundi Melayu akan ditandingi oleh PAS dan tidak semua kawasan majoriti Cina akan ditandingi DAP.
"Pendirian kita ialah ada kawasan yang 70 peratus pengundi Melayu akan ditandingi oleh PKR dan 80 peratus kerusi pengundi Cina akan ditandingi oleh parti kita," katanya dalam ucapan penggulungan dalam kongres nasional di Seremban hari ini.
Azmin yang juga pengarah pilihanraya PKR berkata, Biro Politik akan memberi ruang kepada orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan untuk menjadi calon PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, Biro Politik juga sedang mengumpul maklumat dari bahagian mengenai senarai calon untuk mewaikili PKR dalam pilihanraya.
Dalam ucapannya Azmin juga mengecam pemimpin dan ahli parti yang mengemukakan masalah parti kepada media massa - TV3 dan Utusan Malaysia.
Lapor pada media
"Bila Utusan Malaysia dan TV3 bersama kita, bila mereka lapor yang positif kepada PKR," katanya.
Sebaliknya, kata Azmin, mereka perlu merujuk kepada presiden atau Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru, Shamsul Iskandar Md Akin menyelar pemimpin tertentu yang membangkitkan isu campurtangan dalam pemilihan parti kali ini.
Katanya, mereka ini mendakwa Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim y]cuba campurtangan.
"Saya juga menyeru rakan-rakan memberikan kerjasama kepada saya untuk memperkukuhkan AMK," katanya.
Dalam pemilihan kali ini Shamsul Iskandar mengalahkan Hasmi Hashim dengan majoriti besar. Sebelum ini beliau merupakan pemangku AMK setelah Ezam Mohd Noor melepaskan jawatan akhir tahun lalu.

