Wanita MCA: Pembantu rumah dari China suka goda suami orang
Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen mendesak kerajaan supaya menimbang semula pengambilan pembantu rumah dari China kerana mereka sanggup menggoda suami orang.
Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen mendesak kerajaan supaya menimbang semula pengambilan pembantu rumah dari China kerana mereka sanggup menggoda suami orang.
Beliau berkata, kebanyakan isteri mengadu bahawa wanita China telah mengkucar-kacirkan rumahtangga mereka melalui hubungan sulit dengan si suami.
Oleh itu, kata Ng, perbincangan untuk mengambil pembantu rumah dari China harus dihentikan buat sementara waktu.
"Perempuan China menggoda lelaki tempatan yang sudah berkahwin untuk menjalinkan hubungan sulit sehingga menjejaskan keharmonian keluarga," katanya.
Ng berkata, beliau bukannya memandang rendah kepada perempuan China tetapi mendakwa beliau seharusnya memberi perhatian ke atas aduan wanita tempatan.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dilaporkan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengambil pembantu rumah dari China dan India bagi mengatasi masalah kekurangan pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina.
Perbincangan ini telah dikritik oleh kumpulan hak asasi wanita.Sebaliknya mereka menyarankan pihak berkuasa supaya menyelesaikan terlebih dahulu masalah pembantu rumah yang cuba lari dari Malaysia disebabkan gaji rendah dan beberapa isu lain.
"Kita perlu mengetahui kenapa pembantu rumah dari luar negara kurang berminat untuk bekerja di Malysia," kata Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation, Ivy Josiah.
Di Malaysia, katanya, tahap kualiti pekerja rendah, cuti tidak tetap, gaji rendah dan mereka tidak dilindungi sewajarnya.
Malaysia mempunyai 350, 000 pembantu rumah rakyat asing, di mana 95 peratus dari Indonesia manakala 20,000 lagi dari daripada Filipina tetapi menerima gajinya tiga kali lebih tinggi kerana penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

