Paling Popular
Terkini

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil peguam negara (AG) untuk tampil menjelaskan keputusan menarik balik semua 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Ia susulan rasa tidak puas hati dan kekeliruan orang ramai berhubung keputusan melepas tanpa dibebaskan (DNAA) kepada Zahid dalam kes Isnin lalu (4 Sept).

“Saya sebagai pengerusi PSSC telah mengeluarkan kenyataan mengatakan jawatankuasa ini akan mengadakan prosiding, kami akan memanggil kedua-dua peguam negara untuk memberi penjelasan (mengenai kes Zahid).

William Leong

“Kami akan membentangkan laporan itu selepas siasatan dilakukan,” kata pengerusi PSSC William Leong di Dewan Rakyat hari ini.

Dia yang juga adalah ahli parlimen Selayang bagaimanapun, tidak menyatakan peguam negara mana yang akan dipanggil, tetapi keputusan dalam kes Zahid disampaikan sehari sebelum bekas peguam negara Idrus Haron secara rasmi bersara. Peguam Negara sekarang ialah Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, yang mengambil alih jawatan itu pada 6 Sept.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS