Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
11 MP tumbang, semua wajib jalani pemeriksaan kesihatan - Speaker
Diterbitkan:  Sep 13, 2023 1:43 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ia susulan saranan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan melibatkan Ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat malahan terdapat kes yang menyebabkan kematian.

“… sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 Sept 2023," katanya dalam pemakluman semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan kesihatan ini boleh dilaksanakan di Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di klinik kesihatan atau fasiliti swasta seperti yang diperincikan dalam surat itu dan tarikh akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Okt ini.

Johari berkata beliau telah menyaksikan kira-kira 11 Ahli Parlimen ‘tumbang’ sepanjang tempoh 15 tahun, justeru, beliau meminta wakil rakyat supaya mengambil serius isu kesihatan mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS