Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dituduh hisap vape di parlimen: MP Bersatu mahu saman jurufoto PM
Diterbitkan:  Sep 22, 2023 1:59 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Anggota parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz dilapor mahu membuat laporan polis dan menyaman  jurugambar perdana menteri kerana memuat naik gambar dan mendakwanya menghisap vape dalam parlimen.

Sinar Harian melaporkan laporan polis akan dibuat oleh pegawainya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur petang ini.

"Kita akan buat (tindakan undang-undang)," dia dipetik sebagai berkata kepada media itu hari ini.

Katanya, kenyataan media akan dikeluarkan selepas laporan polis selesai.

Biasanya, jika sesuatu kes mahu dibawa ke mahkamah, laporan polis akan dibuat terlebih dahulu.

Terdahulu, jurugambar itu Sadiq Asyraf memuat naik gambar Ikmal Hisham dan mendakwa dia menghisap vape ketika keluar dewan.

Walaupun kelihatan seperti dia melakukan perkara itu, Ikmal Hisham menjelaskan dia sebenarnya memegang pen.

Dia menegaskan bukan kaki rokok atau vape, malah tidak tahan berada berdekatan orang yang merokok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS