Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PAC kecam Mindef meterai perjanjian LCS tanpa persetujuan AGC
Diterbitkan:  Oct 9, 2023 1:59 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

PARLIMEN l Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengecam tindakan Kementerian Pertahanan memeterai perjanjian tanpa persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ia berhubung perjanjian tambahan (SA) keenam yang dimeterai pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima 2023) pada Mei lalu.

“Perjanjian SA 6 yang ditandatangani pada 26 Mei lalu tidak mendapat persetujuan AGC memandangkan Jabatan berkenaan menjelaskan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Mindef bahawa perlu ada tindakan lanjut bagi SA 6 dan dikemukakan kembali kepada AGC sebelum ia ditandatangani.

“Keputusan Mindef membelakangkan AGC dalam menandatangani SA 6 ialah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan kerana ia boleh memberikan implikasi perundangan kepada kerajaan dan ia tidak boleh berulang,” kata Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi hari ini.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Abdul Rahman Ayob dilaporkan berkata projek pembinaan LCS dijangka disambung semula pada September.

PAC bagaimanapun membuat kesimpulan dalam laporannya, yang dibentangkan hari ini, bahawa tiada kemajuan dalam pembinaan kapal LCS sejak lawatannya pada 11 Dis 2021.

Jawatankuasa itu mengadakan lawatan kerja untuk meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan dan penyimpanan LCS pada 10 Jun tahun ini, yang diikuti dengan prosiding jawatankuasa.

Wong berkata, jawatankuasa itu juga membuat kesimpulan bahawa reka bentuk terperinci LCS juga belum disiapkan.

“Isu utama detailed design LCS masih belum diselesaikan yang mana kini berada pada kadar 96 peratus kesiapan di peringkat kontraktor pembinaan dengan hanya 84 peratus sahaja telah melalui peringkat pengesahan, verifikasi dan kelulusan oleh pihak Naval Group daripada Perancis sebagai penguasa reka bentuk LCS.

“Bagaimanapun kontraktor pembinaan memberi jaminan bahawa detailed design perlu disiapkan sebelum Ogos 2024 seperti yang terkandung dalam SA 6,” katanya.

PAC menambah, walaupun bilangan LCS dikurangkan kepada lima, kos pembinaan meningkat sebanyak RM2.098 bilion daripada RM9.128 bilion - kini berjumlah RM11.22 bilion.

“Ini berpunca daripada kos bagi reka bentuk (RM0.211 bilion), harga peralatan (RM1.214

bilion), insurans dan risiko (RM0.466 bilion), kos kewangan (RM0.143 bilion), kos pengurusan projek (RM0.066 bilion).

“Kelewatan dan pertambahan masa juga merupakan faktor utama peningkatan ini berlaku,” kata Wong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS