Menghantar tentera Malaysia untuk membantu perjuangan rakyat Palestin menentang Israel bukan perkara yang mudah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah.

“Menghantar tentera, termasuk pendamai atau (tentera) keamanan atau koridor kemanusiaan itu mesti disepakati oleh negara jiran (Palestin). 

“Kalau tidak pesawat kita tidak boleh mendarat. Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan dikelirukan rakyat,” katanya.

Bercakap di parlimen hari ini, Anwar justeru menyelar dakwaan bahawa Malaysia enggan menghantar tentera ke negara itu.

“Pimpinan tentera minta saya sampaikan, adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata peperangan di Timur Tengah itu berpotensi menjadi perang penghapusan bangsa jika tiada campur tangan.

[Baca berita asal]