Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RM150 bantuan awal persekolahan untuk tiap murid
Diterbitkan:  Oct 16, 2023 9:42 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Sebanyak RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, diperuntukkan khusus untuk tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian dalam kenyataan hari ini memaklumkan bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan disalurkan bermula Januari 2024, memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

“Bayaran akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing,” menurut kenyataan itu susulan kebimbangan sesetengah pihak tentang ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

KPM menjelaskan BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung Belanjawan 2024.

- Bernama


BACA LANJUT: Apa yang tersedia untuk anda dalam Belanjawan 2024?



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS