Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tarikh PRK Kemaman diketahui hari ini
Diterbitkan:  Oct 17, 2023 8:31 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu dijangka diketahui hari ini.

Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu dipengerusikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Menara SPR, Putrajaya bermula 10 pagi ini.

Abdul Ghani turut dijadual mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas itu bagi  mengumumkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PAS setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rentetan itu, pada 3 Okt lepas PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS