Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ramli putuskan MP PAS tiada sangkaan jahat terhadap wakil DAP
Diterbitkan:  Oct 18, 2023 1:39 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

PARLIMEN l Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor memutuskan bahawa kandungan perbahasan Ahmad Marzuk Shaary (Perikatan Nasional-Pengkalan Chepa) berhubung isu tafsiran ayat al-Quran oleh Howard Lee(Pakatan Harapan-Ipoh Timur) tidak mempunyai ciri-ciri sangkaan jahat seperti ditetapkan oleh Peraturan Mesyuara, Dewan Rakyat.

Keputusan Ramli itu susulan kekecohan di Dewan Rakyat, semalam. Lee membangkitkan Peraturan Tetap 36(6) terhadap Marzuk yang mengulangi dakwaan PN bahawa wakil DAP itu dalam video tular bulan lepas menafsirkan ayat al-Quran yang menyentuh kesetiaan kepada pemerintah atau pemimpin.

Peraturan Tetap 36(6) menyatakan “seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain”.

Ramli berkata dia telah mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak dalam perkara itu dalam membuat kesimpulannya.

"Tidak adil bagi saya memutuskan wujud sangkaan jahat jika ia sekadar anggapan minda saya sendiri dan tiada penjelasan atau frasa yang menjangkau kepada sangkaan jahat itu diutarakan seseorang ahli yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6).

"Dengan itu, saya tafsirkan apa yang dimaksudkan Yang Berhormat (YB) Pengkalan Chepa adalah sebagai isu akademik yang dibangkitkan dalam ucapan perbahasan beliau dalam Dewan.

"Dengan yang demikian, saya memutuskan tiada ciri-ciri dan butir-butir dalam bentuk bahagian atau frasa diketengahkan YB Ipoh Timor, yang menyokong dakwaan bahawa YB Pengkalan Chepa (Marzuk) melanggar Peraturan Mesyuarat 36(6) seperti dibangkitkan YB Ipoh Timor (Howard)," kata Ramli semasa mempengerusikan sidang parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS