Anak-anak gembira Jeanne kahwin bapa saudara
Nadiah dan Nadene, dua anak perempuan Jeanne Abdullah, yang akan diijab kabul dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Sabtu ini, gembira ibu mereka dan bapa saudara mereka akan berkahwin.

"Kami berdua amat gembira demi kebahagian ibu dan bapa saudara kami," kata Nadiah kepada Bernama.
Nadiah, 29, berkata dua insan yang mereka sayangi telah bertemu untuk dijodohkan, dan yang penting, ialah kedua-duanya bahagia dan mampu mengambil berat antara sama sama lain, demikian menurut laporan Bernama.
Bagi pihak ibu mereka, kedua-dua beradik itu mengucapkan terima kasih kepada keluarga, kawan dan orang ramai yang melahirkan rasa gembira dan merestui perkahwinan itu.
"Kami terhutang budi kepada semua bentuk sokongan," kata Nadiah yang baru membuka sebuah syarikat komunikasi visual di Kuala Lumpur.
Nadene, 27, pula terlibat dalam industri fesyen dan projek gaya hidup.
Pengumuman perkahwinan Abdullah, 67, dengan Jeanne, 53, dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri semalam. Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Seri Perdana pada Sabtu ini dan akan dihadiri oleh saudara terdekat sahaja.