Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selangor sumbang RM1 juta ke akaun amanah untuk rakyat Palestin

Kerajaan Selangor akan menyalurkan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diseliakan oleh Kementerian Luar.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata di samping bertujuan mengurangkan kedukaan dan kesengsaraan rakyat Palestin, bantuan itu juga diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif masyarakat serta negara di seluruh dunia bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.

“Sejak 9 Okt lalu, kesengsaraan yang menjadi angkara rejim yang ingin melenyapkan populasi yang tidak mampu mempertahankan diri serta melanggar undang-undang antarabangsa, tindakan yang korup dari segi prinsip dan moral ini telah menyebabkan sehingga 4,000 nyawa rakyat Palestin terkorban sehingga hari ini.

“Pada ketika ini, seluruh komuniti antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk mengetepikan segala perbezaan, menyokong gencatan serangan dan memberikan laluan supaya bantuan kemanusiaan dapat disegerakan secara selamat ke Semenanjung Gaza kepada mangsa terutamanya wanita, kanak-kanak serta warga emas,” katanya dalam kenyataan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS