Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
700 penduduk Palestin dibunuh dalam serangan semalaman Israel
Diterbitkan:  Oct 25, 2023 9:06 AM
Dikemaskini: 2:03 AM

Lebih 700 penduduk Palestin dibunuh dalam serangan udara Israel di Gaza semalaman, lapor media tempatan.

Angka kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa dikatakan masih terperangkap di sebalik  runtuhan bangunan.

Kawasan yang musnah juga dilaporkan agak besar dan sekaligus menjadikannya sebagai jumlah kematian paling tinggi dalam tempoh 24 jam sejak tentera Israel mula mengganas sebagai membalas dendam susulan serangan Hamas ke atas Israel pada awal bulan ini.

Al Jazeera melaporkan tentera Israel memaklumkan bahawa tumpuan mereka adalah ke atas 400 sasaran Hamas.

Sementara itu, Reuters melaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pertempuran di Semenanjung Gaza dihentikan sementara supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada penduduk Palestin yang terkepung.

Selain, kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik, mereka juga kehabisan bekalan tenaga dan bahan api.

Amerika Syarikat (AS) dan Kanada bersama pemimpin dunia turut mendesak supaya gencatan senjata sementara bagi memberi ruang untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan.

Menurut White House,  Presiden AS, Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, menerusi panggilan telefon semalam turut bersetuju mengenai diplomasi yang lebih luas untuk mengekalkan kestabilan di Asia Barat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS