Edict mahu kursus hak asasi manusia diwajibkan pada penguat kuasa
NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) menyarankan agar semua anggota penguat kuasa diwajibkan menjalani kursus mengenai aspek hak asasi manusia.
Kursus itu, tambah NGO terbabit, mesti merangkumi langkah-langkah bagaimana mengendalikan individu yang ditangkap bagi untuk mencegah berlakunya lagi kes kematian dalam tahanan.
“Edict benar-benar percaya bahawa jumlah kematian dalam tahanan akan dikurangkan secara drastik jika langkah sedemikian dilaksanakan segera.
“Kes kematian dalam tahanan boleh dielakkan jika semua pihak yang terlibat dalam menangkap mana-mana suspek atau banduan memahami tugas dan kewajipan mereka mengikut undang-undang negara,” katanya.
NGO itu menegaskan mana-mana anggota yang gagal menjalani kursus latihan tersebut tidak seharusnya diambil bertugas di agensi penguatkuasaan yang mengendalikan penahanan suspek atau banduan.
Pada Jun lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah berkata jumlah kematian dalam tahanan menurun sebanyak 48 peratus pada 2022, berbanding tahun sebelumnya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/01/cde266c44bfc9467a56240e2f80fbbe6.jpg)
