Pemimpin muda dalam PAS tidak berdiam diri berhubung isu-isu yang membabitkan kepentingan Islam walaupun parti itu sedang meningkatkan usaha meraih sokongan bukan Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat.

Sejak prestasi teruk PAS dalam pilihanraya umum 2004, parti Islam itu

memperkenalkan perubahan dalan pendekatannya, khususnya sejak golongan muda terpilih membarisi kepimpinan parti itu ua tahun lalu.

Ini termasuk memberi keutamaan kepada program mendampingi masyarakat bukan Islam dan menjenamakan semula imej parti itu yang satu ketika dahulu didominasi oleh golongan konservatif.

Bagaimanapun ada di kalangan penyokong konservatif PAS yang mengkritik barisan kepimpinan muda yang dilihat mereka tidak lantang dalam memperjuangkan isu-isu kepentingan Islam, terutama dalam isu murtad dan kebebasan beragama yang hebat diperdebatkan sejak tahun lalu.

Nasharudin, 44, tidak bersetuju sambil berkata, pendirian mereka adalah jelas

dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam.

Menurutnya, perkara yang berkaitan dengan Islam dan undang-undang Syariah tidak boleh diganggu dengan cara yang boleh menimbulkan ketegangan di negara ini.

Namun, jelas kepimpinan muda PAS 'terperangkap' dalam dilema dalam

mencari keseimbangan antara bersikap lantang dalam isu-isu mengenai agama dan untuk 'survive' dalam politik.

Sebagai contoh, kata Nasharudin, manifesto PAS dalam pilihanraya umum akan

datang tidak akan menekannya tentang negara Islam yang mahu diwujudkan parti itu jika berkuasa dan menjadi sebab utama bukan Islam tidak menyokong parti tersebut.

Isu murtad

"Mengenai isu negara Islam, semua orang sedar bahagian (soal) 'apa' dalam dokumen negara Islam tidak lagi diperbincangkan. Kita kini menumpukan kepada

(soal) 'bagaimana', kandungan, intipatinya," jelas Nasharuddin.

Malah Nasharuddin sendiri yang sentiasa berpakaian moden, berbanding dengan Pemimpin lain yang berjubah tidak terkecuali daripada menghadapi dilema

seumpama itu, apabila mengakui cara beliau berpakaian turut menjadi

bahan percakapan dalam parti.

"Saya kata mengikut ajaran al-Quran, dalam Islam anda perlu menutup aurat, dan tidak ada satu surah dalam al-Quran yang menyentuh mengenai cara anda

berpakaian," katanya..

Mengenai isu murtad, beliau mengulangi bahawa tidak ada paksaan dalam Islam

terhadap seseorang untuk menerima agama tersebut, tetapi selepas memeluk Islam, mereka tertakluk kepada aturan dan peraturan dalam Islam.

Begitu juga, katanya, tidak harus ada tekanan terhadap seseorang Islam, selepas melalui proses pemulihan, tetapi masih enggan meninggalkan agama barunya untuk menerima Islam.

"Jika anda sudah memberi peluang kepadanya untuk bertaubat, tetapi dia masih

tidak boleh menerimanya, tidak mahu berubah, perbincangan di kalangan ulama

ialah jika tetap tidak mahu kembali, maka pada saya, anda tidak boleh paksa,

anda tidak harus paksa, sama ada undang-undang harus dikuatkuasakan

terhadapnya," tegasnya.

Mengenai cadangan sama ada proses memeluk Islam perlu diperketatkan lagi seperti mewajib ibubapa menjadi saksi bagi mengelak sebarang pertikaian agama, Nasharudin berkata, ianya "agak teknikal untuk dijawab" dan bukan mudah untuk dilakukan.

"Dalam kebanyakan kes, mereka yang yang memeluk Islam itu tidak mengumumkannya kerana ancaman yang mereka terima, kadang-kadang dari pihak keluarga. Jadi mereka merahsiakannya. Bila sesuatu berlaku, timbul masalah, Ia adalah sesuatu yang menyedihkan," katanya. Berita asal