Enam rumah terjejas akibat ribut di Arau
Diterbitkan: Oct 30, 2023 7:30 AM
Sebanyak enam rumah melibatkan 37 penduduk di sekitar Changkat Jawi di Arau terjejas akibat ribut petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kejadian kira-kira 3.30 petang itu menyebabkan rumah berkenaan mengalami kerosakan struktur.
"Kesemua rumah itu dihuni antara lima hingga lapan individu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dia berkata pasukan APM Perlis telah digerakkan untuk membuat pemantauan dan memberikan bantuan kepada mangsa.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/01/6afa61be5e8ffa335c1a71346ec5c73e.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.