Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis sahkan kes buli di sekolah menengah di Kuala Kangsar

Polis mengesahkan berlakunya kes buli membabitkan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, seperti tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya menerima laporan pada 24 Sept lepas membabitkan seorang pelajar tingkatan empat yang dikatakan telah dipukul oleh pelajar tingkatan lima.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan parah," katanya dalam kenyataan, semalam.

Omar Bakhtiar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan serta spekulasi yang tidak berasas berkaitan dengan kes yang ditularkan.

Sejak semalam, tular menerusi media sosial berhubung seorang pelajar dibawa oleh warden asrama sebuah sekolah pada 23 Sept lepas ke Hospital Kuala Kangsar selepas dipukul pelajar senior selain cedera pada bahagian anggota sulit.

- Bernama

Lihat Komen
ADS