Khairy disaman kerana langgar had laju
Ada yang menganggapnya seorang yang bijak manakala yang lainnya pula menganggapnya seorang yang licik. Dia juga dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi dan sesetengah pihak menyifatkanya sebagai 'orang di belakang perdana menteri'.
Ada yang menganggapnya seorang yang bijak manakala yang lainnya pula menganggapnya seorang yang licik. Dia juga dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi dan sesetengah pihak menyifatkanya sebagai 'orang di belakang perdana menteri'.
Kali ini,
malaysiakini
mendapat tahu satu lagi perkara mengenai Khairy Jamaluddin. Naib Ketua Pemuda Umno berusia 31 tahun ini, yang popular dengan panggilan KJ, juga seorang yang gemar memandu laju.
Menantu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini mempunyai 17 saman kesalahan lalulintas dan enam daripadanya adalah bagi kesalahan melanggar had laju.
Mengikut rilek.com.my , lamanweb maklumat kerajaan itu, Khairy belum membayar kesemua saman tersebut.
Saman itu yang dikeluarkan sejak March tahun lalu, berjumlah RM5,100 tetapi selepas diskaun, Khairy mungkin hanya perlu membayar RM1,740.
Di samping kesalahan melanggar had laju, Khairy juga disaman bagi kesalahan menghalang lalulintas yang terbaru ialah pada 21 April tahun ini.
Janji bayar hari ini
Berdasarkan kepada senarai tersebut, Khairy selalu menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran "KJ10Q". Kenderaan itu dipercayai SUV warna hitam yang dilihat dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.
Dua lagi kenderaan yang disaman, juga menggunakan nombor pendaftaran yang unik WNA 13 dan WMT 8001.
Dalam kiriman SMSnya kepada malaysiakini, Khairy berkata dia akan menjelaskan saman tersebut hari ini.
SMS Khairy dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Terima kasih kerana memaklumnya kepada saya, saya akan mengesahkannya dengan PDRM (polis) dan menjelaskan (saman itu hari ini".
Dalam satu siri laporan ekslusif tahun lalu, malaysiakini mendedahkan sebahagian besar menteri, termasuk perdana menteri, tidak menjelaskan saman kesalahan lalulintas.
Abdullah dan beberapa orang menteri telah menjelaskan saman mereka sejurus selepas tersiarnya laporan mengenainya. Berita asal

