Pesawat tentera Jordan gugurkan satu lagi bantuan perubatan di Gaza
Diterbitkan: Nov 12, 2023 4:51 PM
Sebuah pesawat tentera udara Jordan menggugurkan satu lagi kumpulan bantuan perubatan penting menggunakan payung terjun (air-dropped) ke hospital medan Jordan di Gaza pada Sabtu, kata seorang pegawai Angkatan Tentera Jordan.
Operasi itu dilakukan dengan kerjasama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar untuk meningkatkan kemampuan hospital dan meningkatkan keupayaan kakitangan perubatan untuk memberi rawatan kepada rakyat Palestin di Gaza, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Angkatan Tentera mengesahkan bahawa hospital itu terus beroperasi walaupun dalam keadaan mencabar di tengah-tengah pengeboman Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza.
- Bernama-Petra
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/efb2510560ca6d3db57920ecf6393665.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.