Abdul Razak arah pembunuhan kekasihnya, kata pendakwaraya
Penganalisa politik, Abdul Razak Baginda telah mengarahkan pembunuhan bekas kekasihnya, wanita Mongolia, demikian menurut pendakwaraya dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang bermula hari ini.
Penganalisa politik, Abdul Razak Baginda telah mengarahkan pembunuhan bekas kekasihnya, wanita Mongolia, demikian menurut pendakwaraya dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang bermula hari ini.
Abdul Razak, 47, didakwa bersubahat dengan Cif Insp Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) untuk melakukan pembunuhan itu.
Ketua pasukan pendakraya, Tun Majid Tun Hamzah memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa Abdul Razak telah bersubahat dengan dua anggota polis tersebut "merancang dan memberi arahan supaya mendiang dibunuh."
Majid berkata, Azilah and Sirul Azhar Umar, 35, telah "melakukan pembunuhan tersebut" dan memberitahu mahkamah bahawa pengakuan Sirul Azhar adalah antara bukti yang akan dikemukakan kepada mahkamah.
Menurutnya, Altantuya telah menulis satu nota kepada Abdul Razak yang mengancam anaknya jika dia enggan membantunya di segi kewangan.
Pihak pendakwaraya juga, kata Tun Majid, akan membuktikan bahawa kereta milik Azilah telah digunakan untuk membawa Altantuya ke tempat pembunuhannya di Shah Alam.
Kesan darah
Katanya, pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kematian Altantuya "mungkin disebabkan kecederaan akibat letupan" sepertimana yang dibuktikan dalam laporan perubatan
Sepasang selipar dengan kesan darah, kata Yun Majib, telah ditemui dalam kereta milik Sirul dan ujian DNA mengesahkan ia adalah darah Altantuya.
Abdul Razak dituduh melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan jam 9.45 malam 19 Oktober tahun lalu.
Azilah dan Sirul pula dituduh membunuh Altantuya, 28, antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.
Jika sabit kesalahan ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Abdul Razak merupakan teman baik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam kes tersebut.
- AFP

