Sertai forum Malaysiakini bincang setahun kerajaan Madani
Malaysiakini akan menganjurkan forum awam membincangkan setahun pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.
Acara bertajuk "Setahun Kerajaan Madani: Apa Seterusnya?" akan meneliti usaha reformasi pentadbiran Anwar, dasar ekonomi dan peluang yang terlepas.
Panel forum ialah pengarah eksekutif Sisters in Islam Rozana Isa, saintis politik Wong Chin Huat, penganalisis bebas P Guna dan wartawan veteran R Nadeswaran.
Sesi itu akan dikendalikan oleh Aira Azhari, pengurus kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Lokasi program ditaja oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan akan bermula pada 7.30 malam.
Peserta forum akan layak untuk dua minggu langganan percuma Malaysiakini versi bahasa Inggeris.
Jika anda ingin tahu pendapat editorial Malaysiakini mengenai tahun pertama Anwar berkuasa, baca laporan khas ini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/a0d3d2cb87cc041aba46beb6b0dbcf2d.jpg)
