Khairy bayar saman tapi
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengotai janjinya untuk membayar denda bagi 17 saman kesalahan trafik yang berjumlah RM1,740.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengotai janjinya untuk membayar denda bagi 17 saman kesalahan trafik yang berjumlah RM1,740.
Khairy melakukan kesalahan trafik itu antara Mac 2006 dan April 2007, termasuk enam kesalahan melanggar had laju.
Semakan di rilek.com.my menunjukkan 'tiada saman' di bawah nama menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.
Minggu lalu, Khairy, 31, mengucapkan terima kasih kepada malaysiakini kerana memaklumkan kepadanya mengenai saman yang belum dibayar itu dan berjanji akan menjelaskannya.
Lesen tamat tempoh
Bagaimanapun, masalah beliau belum lagi selesai. Semakan selanjutnya semalam mendapati, 10 daripada 17 kesalahan lalulintas dilakukannya selepas lesen memandu Khairy tamat tempoh (lihat di bawah).
Menurut lamanweb rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lesen memandu kelas D milik Khairy telah tamat tempoh pada 21 Oktober tahun lalu.
Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan tiada siapa yang boleh memandu kenderaan bermotor kecuali mereka mempunyai lesen memandu yang sah.
Seksyen itu itu menetapkan mereka yang melanggar akta tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000, dihukum maksimum tiga bulan penjara atau kedua-duanya.
Apabila dimaklumkan mengenai perkara itu, Khairy berkata beliau 'tidak pasti' jika rekod dalam lamanweb tersebut betul.
Dalam jawapannya melalui SMS, Khairy berkata, beliau akan menyemak perkara itu dengan JPJ.
Tahun lalu, beberapa menteri kabinet, termasuk perdana menteri, didapati mempunyai saman kesalahan trafik yang belum dijelaskan.
Ramai daripada mereka, termasuk Abdullah, telah membayar saman tersebut selepas laporan mengenainya disiarkan oleh malaysiakini. Berita asal

