Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Onn Hafiz terajui Umno Johor
Diterbitkan:  Dec 7, 2023 12:28 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Ketua Umno Simpang Renggam, Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai sebagai pengerusi Umno Johor berkuat-kuasa serta merta.

Dia menggantikan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang memegang jawatan dalam kerajaan sebagai menteri pendidikan tinggi.

Sementara itu, Ketua Umno Hulu Terengganu, Rozi Mamat pula dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu, juga berkuatkuasa serta merta.

Rozi Mamat

“Mewakili keluarga besar Umno juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ahmad Said atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin Umno Johor dan Umno Terengganu selama ini.

“Moga dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan Umno sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air,” kata Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu catatan di Facebook.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS