Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas bedah siasat, polis syak Zayn Rayyan dibunuh
Diterbitkan:  Dec 7, 2023 5:27 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan mangsa berusia enam tahun itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan ditemukan oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis.

Dia berkata Zayn Rayyan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai pada jam 12 tengah hari dua hari lalu.

Mohd Fakhrudin sebelum ini berkata tidak mendapati terdapat unsur penculikan dalam kes itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS