Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amir Hamzah dilantik senator, bakal menteri kewangan II?
Diterbitkan:  Dec 12, 2023 10:30 AM
Dikemaskini: 2:53 AM

Spekulasi bahawa jawatan menteri kewangan II berkemungkinan besar disandang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amir Hamzah Azizan semakin kencang.

Menurut Bernama, Amir Hamzah hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Amir Hamzah menyertai KWSP pada Mac 2021 dan adalah anak sulung kepada bekas pengerusi dan presiden Petronas, Allahyarham Azizan Zainul Abidin.

Dia juga mempunyai pengalaman meluas  dalam dunia korporat mencakupi lebih 27 tahun.

Selain KWSP dan  Tenaga Nasional Berhad, Amir Hamzah  juga pernah bersama Kumpulan Syarikat Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini mengesahkan beliau akan mengumumkan rombakan kabinet pada jam 11 pagi ini.

Anwar turut membayangkan bahawa beliau akan memindahkan sebahagian tanggungjawabnya ketika ini. Namun, dia tidak menyatakan kementerian mana yang akan terlibat.

"Saya akan memindahkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, spekulasi juga timbul dengan pelantikan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Zulkifli Hasan sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang itu juga dikatakan akan menyertai kabinet kerajaan perpaduan petang ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS