Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) .Mohammad Agus Yusoff, selesai memberi keterangan kepada polis, dipercayai berkaitan kes gangguan seksual melibatkan dirinya dan seorang kakitangan jabatan berkenaan.

Dia tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 11 pagi dan selesai memberi keterangan pada 1.17 tengah hari.

Mohammad Agus bagaimanapun enggan bertemu dengan media selepas selesai memberi keterangan, sebaliknya dia hanya melambaikan tangan.

Pada 30 Nov lepas seorang kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abd Kader Jailani, membuat laporan mendakwa Mohammad Agus telah melakukan gangguan seksual terhadapnya di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Okt lalu.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan Mohammad Agus diambil keterangan di IPD Kajang hari ini.

- Bernama