'Adakah Dr M tunduk dengan DAP ketika jadi PM?'
Veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP menguasai kerajaan semasa serta tuduhan Umno mempunyai akan membolehkan bukan Melayu dilantik sebagai perdana menteri.
Lim bertanya kepada Muhyiddin sama ada Dr Mahathir Mohamad “tunduk” kepada DAP ketika menjadi perdana menteri semasa pentadbiran Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020.
“Adakah itu punca konspirasi politik Langkah Sheraton, yang menggulingkan pentadbiran Mahathir?” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
“Saya tidak pernah meminta Mahathir untuk apa-apa, untuk diri saya sendiri atau untuk orang lain, dan tidak pernah tahu siapa yang akan beliau lantik tetapi saya pernah berjumpa beliau sekali untuk menekankan kepentingan mengambil serius mengenai janji pilihan raya.
“Mengapa seorang (Mahathir) yang (jika benar) tunduk kepada DAP ketika menjadi perdana menteri buat kali kedua, dilantik sebagai penasihat kepada empat negeri (ditadbir PAS) Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis?” soalnya.
Semalam, Muhyiddin mendakwa Umno tunduk kepada DAP, mengatakan bekas partinya itu hanyalah sebuah parti kecil dalam kerajaan persekutuan sekarang dan tiada yang boleh dilakukan sekiranya individu bukan Melayu dilantik sebagai perdana menteri.
Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim bahawa bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri. Pemimpin DAP itu telah dipanggil oleh polis berhubung perkara itu.
Sebagai tindak balas, Lim mendedahkan bahawa Muhyiddin didakwa telah bertemu dengannya pada Julai 2016 meminta sokongan DAP untuk menjadi perdana menteri ketujuh.
Bagaimanapun, Lim mendedahkan dia telah menolak permintaan sedemikian kerana DAP komited kepada Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.
Dia mempersoalkan jika penolakan untuk menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri pada masa itu telah menjadikan doa "anti-Melayu, anti-Islam, antiraja, komunis dan menyebarkan Islamofobia".
“Adakah DAP boleh diterima sepenuhnya dan tiada siapa yang akan ‘dominan’ dan tiada siapa yang akan ‘tunduk’ jika saya menyokong beliau (Muhyiddin) sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh pada 2016?” katanya.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, satu-satunya keperluan untuk seseorang menjadi perdana menteri, seperti dalam Perkara 43(2)(a), ialah orang itu menjadi ahli parlimen, yang, dalam pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Manakala Perkara 160 pula mentakrifkan Melayu sebagai seorang yang menganut agama Islam, lazim bertutur dalam bahasa Melayu, dan mematuhi adat resam Melayu.
Takrifan ini tidak meliputi Orang Asli atau orang asli Sabah dan Sarawak.
/file/988/7c8e369506742357310a8ebff606baf1.jpeg)
