83 serpihan tulang ditemui dalam parit di Sibu
Sebanyak lapan puluh tiga serpihan tulang manusia dilaporkan ditemui di dalam sebuah parit di sebuah kawasan perumahan di Sibu, Sarawak.
Menurut laporan New Straits Times, tulang-tulang berkenaan ditemui ketika seorang pekerja kontrak dari Majlis Perbandaran Sibu terjumpa tengkorak manusia dipercayai tengkorak individu dewasa, ketika sedang membersihkan parit di Jalan Bukit Assek pada Isnin lalu.
Sepasukan anggota polis, dan pakar forensik dan doktor dari Hospital Sibu, dikerahkan ke tempat kejadian semalam, yang membawa kepada penemuan 83 serpihan tulang.
“Pasukan yang melakukan pemeriksaan di kawasan itu dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang, menemui 83 tulang. Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan,” lapor akhbar itu memetik ketua polis daerah Sibu, Zulkipli Suhaili sebagai berkata hari ini.
Dia dilaporkan memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa sampel DNA telah dikumpul dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis, tetapi identiti si mati masih belum dapat dipastikan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/10/c5ce36274e24fa5afeab2500b0df3adb.jpg)
