Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan dakwaan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan samseng Cina sebagai satu tuduhan liar.

Katanya, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah dan beliau berjanji akan berusaha untuk memperbetulkan pasukan polis demi menjaga kebaikan masyarakat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today yang mendakwa polis, termasuk Musa mempunyai kaitan dengan samseng Cina.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa dan biarlah orang mengatakan apa-apa sahaja," katanya.

Mengulas kenyataan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Sibu Nicholas Sebastian mengenai wartawan dilarang memasuki balai polis, Musa berkata: "Saya tidak mengharamkan wartawan".

Saya juga telah mengarahkan bahawa notis itu dibuka kerana wartawan patut tahu keadaan sebenar apa yang berlaku di tempat-tempat tersebut," katanya.

"Pada saya, kita harus bekerjasama dengan wartawan tetapi kawasan polis ialah kawasan keselamatan, mesti mendapatkan pas sebelum masuk," tambahnya lagi.

Beliau juga mengatakan bahawa wartawan tidak harus berada di balai polis selama 24 jam, boleh mengundang kejadian yang tigak menyenangkan.

"Wartawan harus ke balai jika dipanggil oleh polis untuk tujuan tertentu dan tidak boleh dating dengan sewenang-wenangnya," ulasnya lagi.

Sebelum ini, Penolong Pesuruhjaya Polis Sibu Nicholas Sebastian dilaporkan berkata, larangan wartawan memasuki balai polis adalah arahan terus dari Bukit Aman