Sudah ternoktahkah miskin tegar, soal pemimpin PAS
Apakah kemiskinan tegar telah berjaya dinoktahkan pada tahun lalu seperti mana diharapkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, soal seorang pemimpin PAS.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, telah berkali-kali kerajaan menyatakan hasrat untuk menamatkan miskin tegar pada tahun 2023.
"Berkali-kali kerajaan menyatakan keyakinan bahawa miskin tegar dinoktahkan pada tahun 2023.
"Hari ini (semalam) 1 Januari 2024, adakah tidak wujud lagi miskin tegar di Malaysia? Kerajaan dimohon perjelaskan," soalnya dalam satu hantaran di Facebook.
Pada 28 Mac lalu, kerajaan memaklumkan di Dewan Rakyat, bahawa Putrajaya yakin 130,000 ketua isi rumah miskin tegar dapat ditangani dan dinoktahkan pada tahun ini menerusi beberapa langkah drastik termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Anwar berkata, setakat 15 Mac lalu, sebanyak 123,243 ketua isi rumah miskin tegar sudah dikenal pasti kerajaan untuk dibantu dengan beberapa langkah.
“Bagaimanapun, saya sengaja letakkan jumlah sebanyak 130,000 ketua isi rumah ini kerana kemungkinan jumlahnya akan bertambah.
“Secara keseluruhannya, saya yakin dan percaya usaha yang dilakukan kerajaan akan berhasil dan menokhtahkan kemiskinan tegar serta memastikan kelompok rakyat termiskin tanpa mengira latar belakang kaum dapat segera dibantu sekali gus keluar keluar daripada belenggu kemiskinan” katanya pada waktu pertanyaan perdana menteri.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/aa2e28d4d2ef496b7ca5bf6f86659c0f.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/fada6d8eeecd0c98c7bb0eb67c56e51e.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/a7317e18db848fd7cc068b3d4edf53cd.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/09/d623321b61d05cdfba08765c6614d3bf.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/728a7ef4d40f4a62a8a1d9fa864d9c00.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/66c40d9728a367b82c0c61eb362727ab.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/1439c2e7e8acac5bae4e8e6fd2969482.jpg)