Kementerian Ekonomi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, yang mendedahkan terdapat kelemahan dalam sistemnya yang membenarkan pihak ketiga menggunakan nombor kad pengenalan untuk menggantikan kata laluan dalam hab  Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) yang baru dilancarkan.

“Pihak kami sentiasa memantau maklum balas di luar. Kami sedang melakukan penambahbaikan yang diperlukan.

“Terima kasih di atas komen yang kami nilai sebagai satu kritikan positif,” kata kementerian itu dalam akaun rasminya di X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Kementerian itu mengulas ciapan pengguna X yang menunjukkan bagaimana dia menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) atau  Application Programming Interface untuk mengatasi kata laluan pihak ketiga dengan menggunakan hanya nombor kad pengenalan seseorang itu.

API ialah perisian perantara yang membenarkan dua aplikasi berhubungan antara satu sama lain.

Tidak lama selepas hantaran oleh pengguna media sosial,  API itu kemudiannya telah ditukar.

[Baca berita penuh]